Ali bin Abi Talib r.a berkata :
"Sewaktu
Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan
tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: Ya Muhammad, kami hendak tanya
kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa
A.S.yang tidak diberikan kecuali kepada
para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' Lalu Rasullullah
S.A.W.bersabda: 'Silahkan bertanya. 'Berkata orang
Yahudi: 'Silahkan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh
Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah
S.A.W.:'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada TuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat
Nabi Adam A.S.,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan
oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit
matahari, ini karena apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang
kafir.'
Setelah orang
Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah S.A.W
bersabda:
'Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya
neraka Jahanam, orang mukimin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya api neraka
Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah
S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Setelah itu
Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:'Jagalah waktu-waktu sembahyang
terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat
di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukmin
yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah
maka Allah akan perkenankan.
'Sabda
Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang
berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya'
berjamaah, Allah S.W.T. haramkan
dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi
sirath.'
Sabda Rasullullah
S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan
sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua
kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan
dari api neraka.
2. Dibebaskan
dari nifaq.
Setelah orang
Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan
pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas
umatmu?'.
Sabda Rasullullah
S.A.W.:
'Ketika Nabi Adam
memakan buah pohon yang dilarang,lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi
Adam A.S.selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan
Adam A.S. berlapar selama 30 hari.
Sementara izin
makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'
Kata orang
Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'
Sabda Rasullullah
S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada
Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan
daging haram yg tumbuh dari badannya(daging yang tumbuh dengan makanan yang
haram).
2. Rahmat Allah
sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh
Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari
merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan
cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T.
akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang
Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah
S.A.W.:'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya,
tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang
Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
"Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada
orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)
Disebutkan
didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur,
mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR
AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK
BERBICARA.
Bertanya orang
kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN
kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya
Rasulullah saw,"Umat dikenal karena WAJAH mereka putih disebabkan oleh
WUDHU'."
Bila qiamat
datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di
badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.
Debu itu dari
debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka.
Oleh itu
tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan
memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para
mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.
Disebutkan oleh
hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK akan
bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau
Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang
mati kelahiran/beranak
9. Orang mati
dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang
mati di siang hari atau di malam Juma't jika mereka itu dari kalangan orang
yang beriman.
Didalam satu
riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang
hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu
kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan,
sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari
kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan
mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat
Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum
baligh,lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun
dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang
lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi.
Jika Malaikat
Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil
mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah
kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."